Thursday, March 8, 2007

Welcome

Salam

Pendahuluan
Anda pernah dengar tak perkataan blog? Sebenarnya perkataan ini masih baru wujud dalam dunia ni. Sejarahnya panjang tapi secara ringkasnya blog adalah sebahagian daripada perkataan yang bermaksud Catatan bagi suatu website. Pembina-pembina website kekadang tu membuat satu page khas dalam website mereka di mana mereka membuat catatan harian, atau mingguan tentang aktiviti mereka dan mereka namakannya "Web log". Lama-lama Web Log ni semakin popular dan lebih dikenali sebagai BLOG sahaja.

Apakah Blog?
Blog adalah satu jenis web yang berbentuk catatan tentang apa sahaja oleh penulis blog itu. Semua pendapat, atau berita, atau pengumuman, atau cerita atau apa sahaja yang berbentuk catatan akan dikategorikan sebagai blog. Jangan salah anggap bahawa blog dan website tidak boleh wujud bersama kerana sebenarnya blog wujud daripada website dan sekarang masih banyak blog terdapat dalam website.

Adakah Blog Popular?
Hari ini, blog sebenarnya sangat popular di serata dunia. Blog dibina untuk berkongsi minat, bertukar-tukar pendapat, meluahkan pendapat, mengumumkan berita-berita baru, berbincang tentang isu semasa, hiburan, sukan, fashion, computer, internet, komik, buku, keluarga, science, teknologi, perniagaan, video games, kewangan, kumpulan, musik, filem, drama, rancangan tv, shopping, kereta, motorsikal, undang-undang, politik, isu luar negara, alam semulajadi, majalah, suratkhabar, agama, sejarah, bahasa, pekerjaan, dan banyak lagi. Semua ni kita boleh letak kat blog. Inilah yang membuatkan blog sangat popular.

Kenapa saya perlu buat blog?
Ada banyak sebab untuk anda buat blog, bergantung kepada keperluan anda untuk blog tu. Kekadang orang buat blog untuk suka-suka, tapi ada juga yang buat blog sebagai periuk nasi! Jangan salah anggap, blog boleh memberi pendapatan yang lumayan jika betul-betul dibuat. Jika anda anda perkara yang anda ingin kongsikan dengan orang lain, blog adalah pilihan yang bijak. terdapat banyak website yang memberi perkhidmatan membuat blog secara percuma, dan sesetengahnya anda boleh buat blog dalam masa 5 minit! Buat blog sebenarnya tak susah tapi apa yang penting ialah isi blog anda!

Bagaimana untuk buat blog yang menarik?
Blog yang menarik mestilah dibina dari isi yang menarik. Tulis blog anda dengan cermat, dan penuh perasaan, anda pasti akan tulis blog yang menarik. Isi yang menarik juga terhasil dari pengetahuan yang mendalam tentang isu yang anda tulis pada blog itu, lebih dalam pengetahuan atau lebih dalam minat anda dalam isu tersebut, lebih menarik isi yang akan anda tulis. Selain itu, mungkin grafik-grafik yang menarik kombinasi warna dalam blog anda akan membuatkan ianya lebih menarik!

Sekarang saya nak anda fikir, jika anda berminat buat blog, apakah isu yang ingin anda bawa dalam blog tu. Atau adakah anda hanya suka-suka ingin buat blog dan hanya ingin tulis apa-apa je yg anda suka. Saya ingatkan, jangan syok sendiri! Nanti pembaca malas nak baca blog anda!!

Oklah, sampai sini dulu. Post yg akan datang, saya akan ceritakan dengan lebih detail sebab utama kita harus buat blog. Jadi, tunggu..........

Anda Ada Komen? Klik Sini!!

Salam

1 comment:

Andi D said...

salam buat "BelajarBuat Blog" semoga maju terus. dari "PELITA TERANG"

dan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN